Archive for the ‘Aktiviti’ Category
Show di Homegrown Space
Hari ni aku dan Meor perform sekali dalam program anjuran Homegrown Space. Dah lama tak join program-program sebegini. Cool juga.
Terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya kengkawan yang tak henti-henti memberikan sokongan seperti Rahmat, Ijan, Faizal T dan tidak lupa juga kepada “Sayang Abang”.
Tak lupa juga kepada Din Petai yang sanggup jadi Photographer walaupun tak berbayar.
Dibawah ialah antara karya Din Petai:

Esok, ada lagi program di Homegrown Space. Lebih cool lagi. Ada A. Samad Said dan Rahmat Haron. Klik disini. Daripada pergi konsert Jom Heboh, lebih baik pergi program ni!
Kah kah kah!
Pelancaran filem GADOH !
Gadoh adalah sebuah filem yang mencabar isu-isu perkauman yang sering menjadi halangan dalam persabahatan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia.
Namron, Zahiril Adzim, Nicholas Liew Davis, Amerul Affendi, and Maya Tan Abdullah.
Tarikh: 22 Mei 2009
Masa: 5 PM
Tempat: Theatrette, HELP University College, BZ-2 Pusat Bandar Damansara, KL.
Para penonton yang hadir juga akan mendapat DVD Gadoh terhad secara percuma.
Tayangan perdana dan pelancaran rasmi akan diadakan pada pukul 8 malam
( jemputan khas sahaja).
Untuk melihat trailer, sila layari LAMAN RASMI: http://komas.org/gadoh