Archive for the ‘Album’ Category
D.R.U.R dah mula masuk studio
Projek rakaman album Meor yang bertajuk Dari Rakyat Untuk Rakyat (D.R.U.R) telah pun mula masuk studio.Klik disini.
Walaupun dana masih belum mencukupi, kami tetap memulakan rakaman yang mana patut.
Anda masih boleh membantu untuk menyumbang. Walaupun hanya RM 1, ianya akan banyak membantu. Sila klik disini.
Sampai tertidur aku dan Rahmat menyaksikan kesungguhan Meor merakamkan 9 buah lagu.Kira-kira hampir 5 jam jugak lah.
Kira kuat juga Meor ni! Orang yang lagi muda pun belum tentu ada stamina macam Meor!





Kembali aktif
Dah lama tak menulis kat sini.
Sebabnya ialah dah lama jugak tak bergiat dalam bidang muzik.
Akhir-akhir ini aku dah kembali kepada “roots” (bak kata Meor). Aku dah kembali bermain gitar dan perform dibeberapa majlis seni.
Bermuala dengan performance di Pentas 152, busking di CM, back up Rahmat bersama Nick dan Meor dalam program Pelancaran Buku dan Exhibition Fathul.
Rupa-rupanya inilah makanan “Jiwa” aku.
Lepas ni aku janji akan terus bagi “Jiwa” makan dan bukan hanya perut!
Malam Pesta Jiwa, 22 Ogos 2008, 9.00 Malam

Jika anda mempunyai kelapangan masa pada 22 Ogos 2008 dan berada di Ipoh, Perak atau sanggup ke Ipoh, Perak untuk menyaksikan malam kesenian yang dinamakan Malam Pesta Jiwa yang bermula pada pukul 9.00 malam.
Pyan Habib, Hishamuddin Rais, Nan Blues, Rahmat Haron, Nick, Azmyl Yunor, Meor dan juga “aku” akan berada disana untuk menjayakan Malam Pesta Jiwa ini. Klik disini untuk maklumat lebih lanjut.
Interview aku di THECORESYSTEM Fanzine
Bulan lalu aku ditemuramah oleh THECORESYSTEM Fanzine, sila kilik disini untuk membaca temuramah tersebut. Terima kasih kepada Azreen kerana bersusah payah membantu mempromosikan album “Hentikan Perang Sekarang”.
Thursday, 30th August 2007: Folk The System Too @ The Annexe

It’ll be a special launching party for Black’s debut CD release “Hentikan Perang Sekarang”, along with Nik’s recent release “Bin Jidan – Garisan Abstrak”, and also “Meor’s Yang Terlintas Di Fikiran”.
The three troubadours will be joined by many other acts and performers with poetry & more.
FREE, but do put some some money in the donation box, boss!
Thursday, 30th August, The Merdeka Eve, 8.30pm till late.
on the Anjung Bising (Verandah) of The Annexe, Central Market.
From Ricecooker.
Terima kasih kepada kawan-kawan…..
Jualan album setakat ini amat membanggakan. Walaupun pelancaran pada 30 Ogos 2007, namum sms,telefon dan email diterima daripada pemesan-pemesan dari dalam dan luar negeri.
Kawan-kawan diluar negeri, walaupun tak faham Bahasa Melayu, tetap memesan untuk mendapatkan satu copy sebagai sokongan.
Terima kasih juga kepada SDN, Irwan, Syukree, Ariff , Faisal, Chegubard, Susan Loone dan Laman Marhaen kerana membantu dalam mempromosikan album.
100 keping telah terjual. Ada banyak lagi. Anda bila lagi? He he he….
Album Sudah Di Pasaran (The album released)

Album aku yang bertajuk Hentikan Perang Sekarang sudah diterbitkandan berada di pasaran. Barang siapa yang ingin mendapatkan album ini, sila email ke kugiranjalanan@gmail.com.
(My album with the title Hentikan Perang Sekarang (Stop The War Now) is released. For those who interested to buy, please email to kugiranjalanan@gmail.com.)
Harga RM 15 (Bagi Semenanjung Malaysia) dan RM 18 (Bagi Sabah dan Sarawak) termasuk kos penghantaran. Pembayaran boleh dibuat ke akaun 112205029831- Maybank.
(The price is RM 15 (For Malaysian Peninsular) and RM 18 (For Sabah and Sarawak) including the posting cost. For outside Malaysia, the price is 15 USD including the posting cost. You can pay through my Maybank Account 112205029831)
Kredit gambar kepada Syukree.
Photo credit to Syukree.