Archive for the ‘Show’ Category
Syuhada Memali
Lagu ini diantara yang akan dimuatkan dalam album terbaru Meor, Dari Rakyat Untuk Rakyat (D.R.U.R).
Lirik ditulis oleh aku dan lagu dicipta oleh Meor.
Lagu ini dimainkan sempena pameran lukisan pelukis yang kami hormati, Fathul.
Bila dah keluar album D.R.U.R nanti, jangan lupa beli!
Show di Homegrown Space
Hari ni aku dan Meor perform sekali dalam program anjuran Homegrown Space. Dah lama tak join program-program sebegini. Cool juga.
Terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya kengkawan yang tak henti-henti memberikan sokongan seperti Rahmat, Ijan, Faizal T dan tidak lupa juga kepada “Sayang Abang”.
Tak lupa juga kepada Din Petai yang sanggup jadi Photographer walaupun tak berbayar.
Dibawah ialah antara karya Din Petai:

Esok, ada lagi program di Homegrown Space. Lebih cool lagi. Ada A. Samad Said dan Rahmat Haron. Klik disini. Daripada pergi konsert Jom Heboh, lebih baik pergi program ni!
Kah kah kah!
Gambar-gambar kenangan


Gambar pertama ialah sewaktu aku menyanyi untuk dinner Majlis Peguam Tahun Lalu.
Gambar kedua pula ialah gambar Arwah Syukree ketika pelancaran buku Dr. Syed Husin Ali di Shah Alam tahun lalu.
Pagi tadi aku bercakap telefon dengan seorang teman lama.
Katanya dia baru tahu semalam mengenai pemergian Arwah Syukree ke Rahmatullah. Dia tahu pun apabila terbaca mengenai berita tu disebuah blog.
Teringat kat Arwah Syukree.
Al-Fatihah.
Gambar menarik minggu ini
Kembali aktif
Dah lama tak menulis kat sini.
Sebabnya ialah dah lama jugak tak bergiat dalam bidang muzik.
Akhir-akhir ini aku dah kembali kepada “roots” (bak kata Meor). Aku dah kembali bermain gitar dan perform dibeberapa majlis seni.
Bermuala dengan performance di Pentas 152, busking di CM, back up Rahmat bersama Nick dan Meor dalam program Pelancaran Buku dan Exhibition Fathul.
Rupa-rupanya inilah makanan “Jiwa” aku.
Lepas ni aku janji akan terus bagi “Jiwa” makan dan bukan hanya perut!
Malam Pesta Jiwa, 22 Ogos 2008, 9.00 Malam

Jika anda mempunyai kelapangan masa pada 22 Ogos 2008 dan berada di Ipoh, Perak atau sanggup ke Ipoh, Perak untuk menyaksikan malam kesenian yang dinamakan Malam Pesta Jiwa yang bermula pada pukul 9.00 malam.
Pyan Habib, Hishamuddin Rais, Nan Blues, Rahmat Haron, Nick, Azmyl Yunor, Meor dan juga “aku” akan berada disana untuk menjayakan Malam Pesta Jiwa ini. Klik disini untuk maklumat lebih lanjut.
Show di pelancaran buku “Keganasan penipuan dan internet” di BBC

Gambar dikirm oleh Jefry Iskandar. Terima kasih.
Persembahan di Majlis Pelancaran buku Hishamuddin Rais, 1 Mei 2008
1 Mei 2008 ini Hishamuddin Rais akan melancarkan buku terbarunya. Sila klik disini untuk maklumat lanjut. Saya akan bersama dengan teman-teman lain akan membuat persembahan untuk memeriahkan lagi majlis ini.
Kepada semua yang mempunyai kelapangan waktu, sila hadir beramai-ramai.
BERSIH- Black
Live Show in Malacca
Black: Burhanudin Al Helmy (Live in Malacca)
Live in Malacca

