Berliku-liku Jalan Itu

kugiranjalanan@gmail.com

Archive for the ‘Aktiviti’ Category

Show di Homegrown Space

leave a comment »

Hari ni aku dan Meor perform sekali dalam program anjuran Homegrown Space. Dah lama tak join program-program sebegini. Cool juga.

Terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya kengkawan yang tak henti-henti memberikan sokongan seperti Rahmat, Ijan, Faizal T dan tidak lupa juga kepada “Sayang Abang”.

Tak lupa juga kepada Din Petai yang sanggup jadi Photographer walaupun tak berbayar.

Dibawah ialah antara karya Din Petai:

IMG_7871

Esok, ada lagi program di Homegrown Space. Lebih cool lagi. Ada A. Samad Said dan Rahmat Haron. Klik disini. Daripada pergi konsert Jom Heboh, lebih baik pergi program ni!

Kah kah kah!

Advertisements

Written by aminiskandar

Mei 23, 2009 at 11:59 pm

Dikirim dalam Aktiviti, Aku, Friends, Show

Tagged with , ,

Pelancaran filem GADOH !

with 2 comments

Gadoh adalah sebuah filem yang mencabar isu-isu perkauman yang sering menjadi halangan dalam persabahatan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia.

Arahan Brenda Danker dan Namron, Gadoh adalah sebuah terbitan Big Pictures Production untuk KOMAS, sebuah lembaga hak asasi manusia.
Dibintangi:
Namron, Zahiril Adzim, Nicholas Liew Davis, Amerul Affendi, and Maya Tan Abdullah.

GADOH2009Launch.gif
Tayangan Umum PERCUMA akan diadakan untuk orang ramai!

Tarikh: 22 Mei 2009
Masa: 5 PM
Tempat: Theatrette, HELP University College, BZ-2 Pusat Bandar Damansara, KL.


Untuk mendapat tiket percuma, sila emel gadohthemovie@gmail.com !

Para penonton yang hadir juga akan mendapat DVD Gadoh terhad secara percuma.

Tayangan perdana dan pelancaran rasmi akan diadakan pada pukul 8 malam

( jemputan khas sahaja).

Untuk melihat trailer, sila layari LAMAN RASMI: http://komas.org/gadoh

Written by aminiskandar

Mei 15, 2009 at 4:17 pm

Dikirim dalam Aktiviti

Tagged with , ,